"Bintang Kejora" menghilang
- SPACEVENTURE MALAYSIA
- Aug 23, 2019
- 1 min read

Perasan tak?, planet zuhrah atau turut dikenali sebagai bintang Kejora sudah tidak kelihatan di langit subuh ? Sebelum ini , sejak beberapa Bulan yang lalu , Zuhrah begitu gah menghiasi langit subuh hari .
Ke Mana Zuhrah menghilang ?
Untuk pengetahuan semua ,
Ketika ini , Planet zuhrah sedang berada pada kedudukan superior conjunction atau ijtimak superior Ketika berada pada kedudukan ijtimak superior , Zuhrah akan berada ' di belakang ' Matahari . Di sebabkan itu , planet Zuhrah kelihatan menghilang dan pemerhati di Bumi tidak akan dapat melihat planet Zuhrah menghiasi langit subuh seperti sebelum ini .
Ketika Zuhrah berada pada kedudukan ijtimak superior , la menandakan berakhirnya kenampakan zuhrah dilangit subuh. Selepas berada pada kedudukan ijtimak superior , Planet zuhrah akan mula muncul dan menghiasai langit senja pula .
Wallahu A'lam .
Comments