top of page

SPACEVENTURE

Teringin Nak Hantar Nama Anda Ke Planet Marikh? Ketahui Caranya.

Writer's picture: SPACEVENTURE MALAYSIASPACEVENTURE MALAYSIA



National Aeronautics and Space Administration (NASA) adalah syarikat badan penerbangan dan angkasa milik Amerika Syarikat. NASA telah melakukan banyak program penyelidikan di luar angkasa, yang jauh dari jangkauan manusia.


Pada tahun depan, NASA mempunyai rancangan untuk menerbangkan rover ke Planet Marikh pada bulan Julai tahun 2020. Seperti yang dirancang, rover tersebut akan mendarat di Planet Merah pada bulan Februari tahun 2021 dan akan menetap di Marikh kira-kira 687 hari.




Pada Isnin (26/8/2019), NASA melalui akaun twitternya @NASA mengajak masyarakat dari seluruh dunia untuk mendaftarkan nama di laman sesawangnya. Jutaan nama yang dikumpul akan disimpan dalam mikrocip yang akan diletakkan di atas rover yang akan di lancarkan ke Marikh.


"Semasa rover #Mars2020 mendarat di Planet Merah pada 2021, ia (rover) akan membawa mikrocip yang terukir nama berjuta-juta orang dari planet Bumi. Adakah nama anda tersenarai di dalamnya?


Jangan terlambat: dapatkan tiket penerbangan dan terbangkan namamu ke planet Marikh #Mars2020! Tempah sekarang, "mention twitter @NASA.




CARA MENDAFTAR




Untuk mendaftarkan nama, anda hanya perlu membuka laman sesawang NASA melalui pautan yang disediakan. Kemudian anda boleh mendaftarkan nama anda disitu. Dengan itu, nama anda akan didaftarkan untuk diterbangkan ke Planet Merah.


TIKET PENERBANGAN




Apabila pendaftaran berjaya, anda akan diberi sekeping tiket penerbangan ke planet Marikh. Nama pendaftar akan ditulis pada tiket dan boleh disimpan secara digital sebagai memento.


Pendaftaran boleh lakukan di laman sesawang NASA, sebelum pendaftaran ditutup pada 30 September 2019.

Syafiq Danial Roslan

President Spaceventure

11 views0 comments

Comments


All Rights Reserved ©2019 | All information displayed on this site is the property of SPACEVENTURE. 

bottom of page