Ini merupakan imej sebuah komet yang berjaya diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble ( HST ) pada 12 Oktober 2019 yang lalu .
Ketika imej ini diambil , jaraknya adalah sekitar 420 juta Kilometer dari Bumi .
Apa yang menarik berkenaan komet tersebut adalah ia merupakan sebuah komet yang berbeza daripada komet - komet yang ahli astronomi cerap dan ketahui selama ini .
Dikenali dengan nama rasmi 2I/Borisov , ia merupakan sebuah komet antara bintang atau erti kata lainnya , ia merupakan komet yang berasal dari luar sistem suria kita .
Berpandukan data - data yang dapat dikumpulkan , 2I/Borisov berkemungkinan berasal dari sistem bintang Kruger 60 (HD 239960).
Kruger 60 adalah sistem bintang ganda yang terletak di buruj Cepheus .
Ia merupakan sistem yang melibatkan dua bintang kerdil coklat yang berjarak sekitar 13.15 tahun cahaya dari Bumi .
Di dalam rekod sejarah , ini merupakan komet dari luar yang bergerak memasuki sistem suria yang pertama berjaya disaksikan oleh manusia .
Ditemukan pertama kalinya oleh seorang ahli astronomi amatur , Gennady Borisov pada 30 Ogos 2019 dengan menggunakan teleskop 65 sentimeter yang direkanya sendiri , 2I/Borisov ketika ini dikesan semakin menghampiri sistem suria .
2I/Borisov akan berada pada titik terdekatnya dengan Matahari atau Perihelion pada bulan Disember nanti dengan jarak sekitar 300 juta Kilometer dari Matahari .
Selepas berada pada titik perihelion , 2I/Borisov akan mula bergerak meninggalkan sistem suria kita dan dijangka akan berada di dalam sistem suria sehingga ke pertengahan tahun 2020 .
Untuk pengetahuan semua , komet 2I/Borisov secara rasminya merupakan objek kedua dari luar yang memasuki sistem suria yang berjaya dikesan .
Objek pertama adalah asteroid 1I/Oumuamua yang memasuki sistem suria pada tahun 2017 yang lalu .
Comments