top of page

SPACEVENTURE

Hari Ini Dalam Sejarah (15.10.19) | China Menghantar Angkasawan Pertamanya ke Angkasa Lepas

Writer's picture: SPACEVENTURE MALAYSIASPACEVENTURE MALAYSIA


Kredit Gambar: REUTERS/Stringer


BEIJING - Kerajaan China berjaya menghantar kapal angkasa dan angkasawan pertamanya ke orbit pada 15 Oktober 2003. Ini menjadikan ia negara ketiga yang menghantar manusia ke angkasa lepas.


BBC History mengatakan bahawa roket Long March 2F yang dikenali sebagai Shenzhou V dilancarkan dari pad pelancaran Gobi pada jam 09:00 a.m. waktu China. Roket mengorbit bumi 10 minit kemudian.


Seorang angkasawan Yang Liwei yang berada di dalam roket itu mengeliling bumi sebanyak 14 kali, kemudian kembali ke bumi setelah menghabiskan masa selama 22 jam. Pada masa itu, Presiden China Hu Jintao berada di bilik kawalan pelancaran untuk menyaksikan pelancaran itu.


Beliau berkata, pelancaran ini merupakan satu langkah besar untuk tanah air China. "Ini adalah tanda untuk kemenangan awal pesawat angkasa lepas negara kita yang pertama," kata Hu Jintao,


Hanya Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (sekarang Rusia) yang sebelum ini menghantar manusia ke angkasa lepas. Yang Liwei, seorang leftenan berusia 38 tahun, disahkan oleh kerajaan China sebagai angkasawan pertamanya yang berjaya ke angkasa.


"Saya okay saja jangan risau, jumpa awak esok," katanya sebelum terbang ke angkasa lepas.


Walaubagaimanapun, program-program di televisyen China dihentikan untuk mengumumkan pelancaran yang berjaya. Bagi kebanyakan rakyat China biasa, inilah kali pertama mereka mendengar khabar yang negara mereka mempunyai agensi angkasa. Kerana program angkasa lepas adalah dirahsiakan sehingga pelancaran sebenarnya berlaku.


Selepas pengumuman tersebut, orang ramai berkumpul di skrin gergasi di luar pusat membeli-belah di Beijing. Skrin menunjukkan Shenzhou dilancarkan ke angkasa lepas.


Shenzhou adalah kapal angkasa yang dikendalikan oleh China. China telah terlibat dalam program penerbangan angkasa sejak tahun 1970-an, tetapi dua percubaan awal untuk menempatkan angkasawan di angkasa dibatalkan.


Pada tahun 1990-an, China mula bekerjasama dengan Rusia yang memberi pertolongan kepada program angkasa dalam latihan dan peralatan. Empat kapal angkasa Shenzhou dilancarkan ke orbit pada penerbangan percubaan. Satu dilaporkan membawa monyet, anjing dan arnab untuk menguji sistem sokongan kehidupan.


Yang Liwei mendarat dengan selamat kembali ke bumi di zon pendaratan Mongolia, 21 jam selepas dilancarkan ke angkasa lepas. Dia diberi penghormatan penuh dari media dan kerajaan China. Penerbangan berjaya membawa pujian dari seluruh dunia, termasuk penghormatan dari agensi angkasa Amerika, NASA, dan dari Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Kofi Annan, yang mengatakan ia adalah satu langkah yang besar untuk masyarakat manusia sejagat.



8 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


All Rights Reserved ©2019 | All information displayed on this site is the property of SPACEVENTURE. 

bottom of page