top of page

SPACEVENTURE

Virgin Galactic Akan Menyediakan Perjalanan ke Orbit Setiap 32 Jam Menjelang 2023

Writer's picture: SPACEVENTURE MALAYSIASPACEVENTURE MALAYSIA



Menurut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC), Virgin Galactic milik Richard Branson merancang untuk membawa pelancong ke orbit setiap 32 jam menjelang 2023. Penerbangan pergi balik secara rasmi ditawarkan untuk 250K US$ sebagai sebahagian daripada kutipan dana 800 juta US$. Untuk membandingkan harga, kadar yang Blue Origin milik Jeff Bezos tawarkan adalah pada 200K US$.


Dokumen yang diterbitkan oleh SEC Amerika Syarikat, memperkenalkan jangkaan perjalanan tahunan Virgin Galactic. Ia sepatutnya bermula dengan 16 penerbangan tahun depan dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah sehingga 270 menjelang 2023. Sepanjang 4 tahun itu, armada yang menpunyai 5 kapal angkasa haruslah boleh mengembangkan kapasiti pengangkutan penumpangnya kepada 1,565 orang setahun.


SpaceShipTwo (aka VSS Unity) boleh menampung 6 orang pelancong angkasa dalam perjalanan 1,5 jam pada ketinggian lebih kurang 100 km, memberi mereka peluang untuk menikmati pengalaman graviti sifar. Pada masa ini, terdapat lebih 600 tempat duduk yang telah ditempah untuk pengembaraan ruang angkasa yang pertama di dunia, pelakon terkenal Ashton Kutcher adalah di kalangan mereka. Sebagai laporan CNBC, Branson sendiri telah berada di program latihan centrifuge khas angkasawan untuk bersiap sedia untuk penerbangan dengan Virgin Galactic.


Sebagai pemerhati Parabolic Arc, pendapatan tahunan syarikat penerbangan itu dari program pelancongan angkasa komersial ini dijangka mencecah sehingga 31 juta US$ pada tahun 2020 mencecah 570 juta US$ menjelang 2023. Walaubagaimanapun, anggaran kasar ini tidak boleh diambil mudah, seperti yang ditunjukkan oleh ujian dan sejarah selama 15 tahun Virgin Galactic.


Pelancongan ruang angkasa adalah usaha yang melampaui perbelanjaan 1 bilion US$ pada sebahagian pemilik VG di British. Berdasarkan pengiraan, projek itu telah memakan sejumlah wang sehingga 16 juta US$ sebulan.


Artikel asalnya di terbitkan di halaman Asgardia: The Space Nation

dan di terjemahkan oleh: Syafiq Danial Roslan.

7 views0 comments

Comments


All Rights Reserved ©2019 | All information displayed on this site is the property of SPACEVENTURE. 

bottom of page