top of page

SPACEVENTURE

PENCEMARAN CAHAYA : Siang Terang , Malam pun Terang .

Writer's picture: SPACEVENTURE MALAYSIASPACEVENTURE MALAYSIA


Data pencemaran cahaya di seluruh dunia

Biasa yang kita dengar dan ambil peduli adalah pencemaran air , pencemaran udara atau pencemaran bunyi  . .

Pencemaran cahaya pula jarang diberi perhatian .

Apakah Pencemaran Cahaya ?? 

Untuk pengetahuan , 

Pencemaran cahaya  merujuk kepada  suatu masalah pencahayaan bukan semulajadi yang berlebihan atau terlalu terang pada waktu malam .

Pencemaran cahaya berpunca daripada penggunaan cahaya buatan manusia yang kurang berkesan seperti pemasangan lampu jalan , lampu bangunan , lampu pada papan iklan dan sebagainya yang tidak betul .



Pencemaran cahaya di asia

Secara umum nya , terdapat beberapa jenis pencemaran:



Urban sky glow ;

Disebabkan Kecerahan langit malam yang terang dikawasan bandar .



Light trespass ;

Berpunca daripada pemasangan lampu yang tidak berkesan kerana cahaya dipancarkan ke kawasan yang tidak diperlukan



Glare ;

Kesan pencahayaan yang terlalu terang dan menyebabkan penglihatan kurang selesa .tahap silau yang tinggi boleh mengurangkan jarak penglihatan.



Light clutter ; Disebabkan Cahaya berlebihan yang sangat terang terutama dikawasan bandar . Keadaan ini menyumbang kepada kesan pencahayaan langit , pencerobohan cahaya dan silau..



Suatu masa dahulu ,  apabila kita memerhati langit malam , keadaan langit dipenuhi bintang bintang . Kini , keadaan telah berubah . Bintang bintang di langit kini kelihatan "hilang" dan "kurang" . hakikatnya ,  bintang bintang masih ada tetapi kita yang tidak dapat melihat nya disebabkan keadaan langit yang terang kerana faktor cahaya berlebihan terutama dikawasan bandar . disebabkan langit yang terlalu terang di malam hari juga , ramai orang tidak dapat mengenal serta melihat objek objek langit seperti planet , jalur bima sakti dan sebagainya . Menurut kajian , sebahagian besar kawasan di bumi berada dalam lingkungan pencemaran cahaya.



Sebahagian galaksi bima sakti yang boleh dilihat dikawasan bebas pencemaran cahaya . kredit : Justin NG

Selain memberi kesan kepada keindahan langit malam , Pencemaran cahaya juga boleh memberi kesan kepada manusia , haiwan serta tumbuhan .

Kesan kepada manusia :

- cahaya yang terlalu terang di waktu malam dapat mengganggu kitaran hormon di dalam badan . Keadaan ini akan memberi kesan kepada kesihatan dan psikologi .

- Jika terdapat cahaya terang semasa tidur, pengeluaran hormon melatonin akan terganggu. Ini boleh membawa kepada gangguan tidur dan masalah kesihatan seperti pening , keletihan dan sebagainya .

..

Kesan kepada haiwan dan tumbuhan :

- pencemaran cahaya boleh mengganggu pola migrasi haiwan .

Contoh : migrasi burung .

Burung menjadikan cahaya bintang dan bulan sebagai salah satu panduan ketika bermigrasi ke tempat lain . Ketika ini , cahaya buatan manusia telah menganggu cahaya objek objek di langit .

- penyu yang ingin bertelur  kebiasaanya mencari pantai yang gelap semakin susah mencari kawasan yang sesuai untuk bertelur kerana gangguan cahaya .

-   sesetengah tumbuhan juga boleh terganggu kerana cahaya berlebihan yang diterima dapat mengganggu proses tumbesarannya .

..

Cara Mengurangkan Pencemaran Cahaya :

1) gunakan lampu bila perlu .

2) gunakan cahaya lampu sebanyak yang diperlukan sahaja .

3) elakkan menghalakan cahaya lampu ke arah langit . 

4) gunakan lampu yang terselindung dengan penutup yang sesuai dan berkesan .

5) kurangkan penggunaan lampu pada papan papan iklan dan sebagainya .



kempen kempen kesedaran juga boleh dilakukan dengan lebih kerap supaya masyarakat lebih mengambil berat serta turut serta untuk mengatasi pencemaran cahaya .

Selain itu , pendidikan serta pendedahan dari awal juga memainkan peranan penting dalam kalangan generasi muda supaya pencemaran cahaya dapat di kawal .

Kesimpulannya ,

Pencemaran cahaya bukan la sesuatu isu yang remeh . ia dapat memberi kesan kepada keseluruhan hidupan secara langsung atau pun tidak . .

Jadi ,

Sama sama lah kita mengatasi masalah pencemaran cahaya supaya tidak berterusan menjadi ancaman kepada alam ini .

Sekian .

Wallahu A'lam .


"Majulah Falak Untuk Ummah"



Sumber rujukan :


8 views0 comments

Comments


All Rights Reserved ©2019 | All information displayed on this site is the property of SPACEVENTURE. 

bottom of page